Páginas

Jenis dan Saiz Kad Kahwin


Bercakap mengenai jenis dan saiz kad kahwin, kebanyakan pasangan sering mengalami kesukaran memilih kad kahwin masing-masing. Hari ini saya ingin terangkan mengenai jenis dan saiz kad kahwin yang kadang-kadang membuat bakal pasangan pengantin keliru .

Saya mulakan dengan jenis kad kahwin dahulu, jenis kad kahwin hanyalah dua jenis sahaja. Yang pertama jenis kad art card 260gsm, sebab kami memilih Art Card 260gsm kerana Art Card ini mempunyai permukaan yang licin dan sangat sesuai untuk cetakan warna kerana imej yang dicetak kelihatan jelas dan terang. Ketebalan yang standard digunakan untuk percetakan kad kahwin ialah 260gsm.

Jenis kad kahwin yang kedua pula adalah kad kahwin berjenis simili bersaiz 140gsm. Kualiti kertas sama seperti kertas A4 biasa. Tetapi untuk kad kahwin berjenis simili ini hanya untuk tempahan READYMADE sahaja. Hanya ada 6 jenis design sahaja untuk kad kahwin READYMADE dan tak boleh tukar warna untuk setiap design READYMADE.

Untuk saiz kad kahwin comel pula, ada 3 kategori iaitu Poskad, lipat 1, lipat 2. Untuk kad kahwin bersaiz poskad ada saiz, (4”x6”) dan (4”x8”), untuk lipat 1 dan 2 pula (4”x6”) dan (4”x8”) juga.

Untuk saiz poskad (4”x6”) seperti kertas A4 bahagikan kepada 4 dan untuk saiz poskad 4x8 seperti saiz sampul surat. Kami juga ada saiz (“6x6”) saiz ini seperti kad raya hanya ada lipat satu sahaja.

Contoh poskad (4”x6”) dan (4”x8”)




Contoh lipat 1 (4”x6”) dan (4”x8”) dan (6”x6”)




       

Contoh lipat 2 (4”x6) dan (4”x8”)






Ramai pasangan yang suka memilih dan tempahan kad kahwin bersaiz poskad (4”x8”) dan lipat 1 (4”x8”), kad sebegini dipilih kerana sesuai untuk dibuat untuk dua belah pihak sekali.

Pihak kami memang akan mencadangkan kad sebegini untuk memudahkan bagi pasangan untuk dua-dua belah pihak sekali. Untuk pasangan yang nak buat kad untuk sebelah pihak sahaja kami akan cadangkan untuk mengambil saiz poskad (4”x6”) atau lipat 1 (4”x6”). Untuk sebarang maklumat, pertanyaan dan bagi mereka yang berminat bolehlah hubungi kami.

  

1 comments:

  1. Good blog! You have described in a nice way.
    Thanks for sharing this information.
    Template kad kahwin

    ReplyDelete

 

Blogger news

Blogroll

About